Rabu, 16 Mac 2011

Jom Tanya: Apa maksud duit hantaran?

On Fri, 2/25/11, Auz wrote:

salam puan, sy nak bertanya.. apa maksudnya duit hantaran..?
boleh puan terang secara detail maksudnya..?

Jawapan oleh Samsiah:

salam Auz.

Soalan tentang duit ya.. dua jenis duit yg terlibat:

1) duit mas kahwin (ini wajib di dlm islam dan kadarnya ditetapkan mengikut negeri mengikut status pengantin perempuan samada belum berkahwin/janda)
2) duit hantaran

Duit hantaran hanyalah adat di dlm perkahwinan melayu dan telah diamalkan sejak zaman berzaman lagi. Jumlah duit hantaran ditawarkan oleh pihak lelaki, tetapi duit hantaran sebenar ditetapkan oleh keluarga pihak perempuan (selalunya dibincangkan semasa proses peminangan/pertunangan). contohnya lelaki A meminang perempuan B dgn jumlah duit hantaran RM5000, pihak perempuan tidak bersetuju dan mahukan RM8000. Jadi pihak lelaki boleh pertimbangkan semula samada nak bagi RM8000, berbincang minta kurang lagi ataupun menarik diri.

Ada juga pihak perempuan yang hanya berkata, bagi sajalah berapa pun. so terpulanglah pada pihak lelaki utk beri berapa (selalunya ikut harga hantaran semasa).

Duit hantaran bila nak beri? Ini juga ditetapkan oleh pihak perempuan.
Pilihan yang ada samada:
1. menyerahkan separuh selepas bertunang atau sebulan/dua sebelum majlis akad nikah (utk beli brg buat persiapan kenduri) dan separuh lagi diserahkan semasa majlis akad nikah (selalu org buat)
2. menyerahkan sepenuhnya sebulan/dua sebelum akad nikah (jarang org buat)
3. menyerahkan sepenuhnya pada majlis akad nikah (selalu org buat dgn bagi tunai/cek)

Terdapat sensiviti orang tua/ibu bapa tentang pemberian cek. Kebanyakan orang tua yang ingin melihat duit hantaran dalam bentuk duit tunai.

Jika pemberian cek, mereka bimbang ditipu dgn cek tendang ataupun tiada cukup duit dlm bank. Ada juga pihak lelaki yang telah berikan tunai sebelum majlis dan menyediakan 'mock cheque' / cek utk hiasan yang dibingkaikan di dalam bingkai gambar dan diletakkan sebagai salah satu barang hantaran (utk kenangan).

Kegunaan duit hantaran pula, terpulanglah kepada pihak keluarga perempuan. Ada yg beri sepenuhnya kepada pengantin perempuan sebagai bekalan memulakan hidup berkeluarga. Ada juga yg digunakan utk membiayai majlis perkahwinan/kenduri kendara.

Untuk pengetahuan, harga hantaran semasa sekarang di antara RM5000 hingga RM10,000. Lebih daripada itu, dah kira rezekilah. Tidak dinafikan ada juga keluarga yg sengaja menetapkan duit hantaran yang mahal, namun pada pendapat saya eloklah jika duit hantaran ditetapkan dipersetujui kedua belah pihak dan tidak membebankan pihak lelaki untuk menyediakannya.

Tak guna buat pinjaman sana sini utk menyediakan duit hantaran berpuluh ribu (dan kemudian buat kenduri besar-besaran sehingga membazir), namun akhirnya pengantin hidup merana selepas berkahwin kerana berhutang keliling pinggang.

Semoga penjelasan ini berguna.

7 ulasan:

Fahmi Mahat berkata...

bagus entri ni, tuan pengarang =)

moga ia membantu pemahaman yang lebih tepat ttg wang hantaran,

dan moga pihak lelaki tidak akan rasa terbeban dengan wang hantaran yang seolah2nya semua jadi wang majlis, seolah2nya pihak lelaki tanggung dua kos majlis~ =)

bak kata tuan, tiada gunanya berhabis bergolok gadai untuk majlis yang setepatnya bagai tiada galang gantinya, dan hidup memenuhkan kredit dan melumpuhkan institusi famili mereka dan keluarga mereka in the long run.


Baarakallahu feek. =)

Samsiah Abd Shukor berkata...

terima kasih Fahmi.

saya sekadar menulis berdasarkan pendapat dan pengalaman saya sahaja. rasa bagus sekali bila ada yang menghargainya.

anyway, saya bukan tuan.. saya Cik Puan Samsiah. hehee..

caras berkata...

Salam Cik Puan Samsiah,saya ingin tanya satu soalan.Adakah pihak lelaki mempunyai hak ke atas wang hantaran yang telah di berikan kepada pihak perempuan?Ini kerana tunang saya beranggapan bahawa wang hantaran yang telah di berikan kepada pihak kami itu semua adalah untuk majlis perkahwinan kami,walaupun beliau menumpang sekali dengan kami.Beliau menganggap bahawa wang hantaran yang di berikan itu termasuk sekali dengan kenduri mereka untuk menumpang.Pada kefahaman saya jika mana2 keluarga pihak pengantin yang ingin membuat kenduri sekali harus lah berkongsi untuk majlis tersebut.Sekian...

Samsiah Abd Shukor berkata...

salam encik caras,
selamat memasuki alam pra-rumahtangga. bersabarlah.. biasa tak dgr ayat 'your money is my money, my money is my money'?

untuk majlis kenduri bersama (satu majlis resepsi sahaja), sebaiknya kedua belah keluarga duduk berbincang bersama terutamanya dari segi bajet menguruskan kenduri tersebut. lepas tetapkan bajet, cek poket masing-masing pula ya. dari poket siapa bajet itu akan datang.

tentang duit hantaran, saya no komen. sebaiknya selesaikan dahulu urusan yang wajib dan bersederhanalah berbelanja untuk kenduri kendara. simpan duit untuk masa hadapan (selepas berkahwin).

Samsiah Abd Shukor berkata...

ops sorry, bukan encik caras.. adik caras.. (jgn marah ya dik). sebaiknya pihak keluarga berbincanglah dgn pihak keluarga bakal suami dlm urusan bajet kenduri.

mungkin boleh share sorang separuh utk bajet satu kenduri bersama. senarai tetamu juga penting, kena allocate atau tetapkan tetamu dari pihak lelaki dan pihak perempuan sama rata bilangannya.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum Puan Samsiah, Saye ingin tahu sesuatu adekah pihak lelaki memberi duit hantaran kpd pihak wanita hanya la untuk bagi pihak keluarga wanita ataupon untuk pasangan pengantin.? terima kasih.

Samsiah Abd Shukor berkata...

salam dik,

saya sudah tuliskan mengenai hal ini sedikit dari posting di atas. selebihnya boleh baca di artikel satu lagi. http://kedaijomkahwin.blogspot.com/2012/01/jom-tanya-beza-wang-hantaran-vs-barang.html

harap dpt membantu.